Pengikut

Khamis, 3 Oktober 2013

KEHANGATAN UMNO JERANTUT: POLITIK ATASAN VS POLITIK BAWAHAN?


Kadang-kadang terfikir juga penulis berkenaan politik Jerantut menjelang pemilihan umno 19 Oktober ini. Apa yang merisaukan penulis adalah berkaitan dengan kesediaan umno Jerantut berhadapan dengan pru 14 akan datang.

Seperti sedia maklum perebutan Jawatan Ketua Bahagian UMNO Jerantut melibatkan Bekas Ahli Parlimen YBM Tengku Azlan dan Ahli Parlimen Jerantut Tn HJ Nazlan Idris. Penulis cuma sekadar memberi peringatan kepada semua perwakilan yang akan memilih kepimpinan yang disukai perlulah melihat wawasan yang ingin dibawa oleh mereka yang menawarkan diri bagi jawatan yang ditawarkan.

Apa maknanya perubahan yang dimaksudkan oleh akar umbi perlu disampaikan melalui pemilihan akan datang.

APA PANDANGAN PEMBACA?

6 ulasan:

  1. saya setuju UMNO Jerantut perlu perubahan, kalau sudah beberapa penggal menguruskan parti tetapi masih tidak berubah, jadi kali ini para perwakilan perlu membuat perubahan, inilah yang dikehendaki oleh ramai pemimpin akar umbi sekrang, untuk berubah kepimpinan peringkat bahagian perlu ditukar, kalau tidak ditukar bermakna pemimpin-pemimpin bawahan hanya tau bercakap sahajalah, pemimpin lama bermakna kita masih duduk ditakuk lama jugalah.., renung-renungkanlah.

    BalasPadam
  2. Pemborak yang budiman lagi arif,

    Aku bersetuju sangat Kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut perlu di overhaul atau 85 peratus muka lama perlu di ganti dengan orang baru yang muda, bertenaga, berwawasan serta tidak mementingkan diri sendiri, tamak haloba. Untuk berubah perlu keberanian dan pengorbanan. Bab kata pepatah kita ' SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA- KITA YANG GIGIT JARI". kalau Jerantut hendak maju dan kedepan setara dengan Daerah lain di Pahang, Maka Jerantut dari segi kepartian perlu transformasi, ini lah masa nya untuk berubah. tiada lagi pelakon seperti Hj Kulat, si kencing manis, pencari projek, ampu bodek dan tukang kipas, rupa melayu, jiwa tidak melayu, wang jadi tumpuan.

    Fikirkan lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Didalam UMNO kita masih lagi mengamalkan demokrasi, bermakna semua orang yang layak berdasarkan perlembagaan parti boleh bertanding, dipilih dan memilih, seseorang yang dikatakan berasal dari istana apabila beliau melibatkan diri dalam politik bermakna beliau sanggup meninggalkan protocol tertentu dan bebas bersama ahli-ahli parti atau rakyat atau masyarakat di kawasan yang disertai, jadi sepatutnya tidak timbullah ahli-ahli parti ini diugut dengan dibuang negeri dan sebagainya yang mengaitkan istana, kerja-kerja menakutkan perwakilan ini hanya diwar-war atau dilakukan oleh dua atau tiga orang pencacai atau pengampu yang bimbangkan mereka hilang tempat berteduh..

      Menyentuh tentang perubahan, perwakilan adalah sepatutnya membuat perubahan dengan memberi peluang kepada Hj Nazlan Ahli Parlimen atas sebab berikut:
      1. Hj Nazlan adalah anak tempat dan menetap di Jerantut
      - orang Jerantut mudah untuk bertemu dengan beliau dan beliau juga
      mempunyai wawasan dan semangat yang masih tinggi untuk membawa
      perubahan di Jerantut ini
      2. Hj Nazlan masih muda, biarlah dia kuat kerja bagi menjaga kepentingan
      parti dan rakyat di Jerantut ini
      2. Sebagai Ahli Parlimen beliau mudah untuk berhubung dengan pemimpin
      atasan samada untuk kepentingan parti atau membawa pembangunan di
      Jerantut, disamping itu beliau adalah pemimpin yang mudah didekati
      3. Hj Nazlan pernah berjumpa dgn Ku Lan di rumahnya di KL, Ku Lan
      pernah mengatakan sebagai Ahli Parlimen sesuai untuk jadi Ketua
      Bahagian, tetapi kenapa tiba-tiba beliau masih nakkan lagi jawatan itu
      sedangkan beliau telah tidak menjadi Ahli Parlimen, pendirian ini jugalah
      diamalkan semasa Dr Shukri bertanding dengan beliau dulu, Ku Lan dah
      maklum dalam ucapan dan buat statement akhbar kata nak mengundur
      diri, sebab itulah Dr Shukri teruskan bertandingan

      Jadi kerana sifat yang sentiasa bermain politik, mudah lepas tangan dengan hanya mewakilkan beberapa orang kuat dia menghadiri mesyuarat penting diperingkat daerah (mesyuarat tindakan daerah sangat penting dihadiri Ahli Parlimen / Ketua Bahagian bagi mempastikan pembangunan daerah berjalan lancar), jarang turun padang kerana sudah berumur dan beliau tinggal jauh di Kuala Lumpur.

      Jadi atas sebab-sebab itulah sebagai perwakilan perlu bertanggungjawab membuat perubahan mengundi kepimpinan baru iaitu Hj Nazlan

      Padam
  3. nak jadi ketua bahagian mat lan perlu menang.jadi buat keje lebih baik daripada membebel melekehkan orang!!!

    BalasPadam
  4. Menang jd abu kalah jd asap!!!

    BalasPadam