Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ahmad Nazlan
Idris menyeru semua perwakilan yang akan bersidang pada Perhimpunan Agung UMNO
minggu depan agar dapat memberikan pandangan dan perbahasan yang menjurus
kepada perpaduan ahli-ahli UMNO di semua peringkat.
Ujarnya, ia penting kerana kita UMNO baru sahaja menghadapi
pemilihan jawatankuasa di peringkat cawangan, bahagian dan di peringkat pusat, melalui
sistem pemilihan baru hasil ilham YAB Presiden UMNO, yang buat transformasi
dalam pemilihan UMNO kali ini.
“Ia merupakan kaedah baru yang pada hemat saya, sangat baik dan
sangat bertepatan dengan hasrat perubahan kepimpinan Negara untuk melihat
sesuatu yang baru dalam UMNO.
Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama memantapkan barisan
kita, merapatkan barisan kita, bersatu hati dan tenaga dalam satu pemikiran
dalam usaha mengemblingkan segala kekuatan yang ada bagi memantaokan parti bagi
menghadapi Pilihanraya Umum ke-14,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Jerantut.
Dalam masa yang sama, beliau menyeru ahli dan pemimpin parti,
menteri-menteri yang ada dalam kerajaan untuk melihat semula bagaimana kita nak
memperkasakan ekonomi orang Melayu.
“Kita harus menumpukan perhatian kita ke arah pembinaan ekonomi
orang Melayu yang lebih mantap. Kita sedar Dasar Ekonomi Baru tidak menepati
sasaran kita, kita tak mampu untuk berpecah lagi kerana tempoh 2020 tidak lama
lagi dan sempena Perhimpunan Agung UMNO ini, sama-samalah kita memberikan
pandangan, ilham kepada kepimpinan parti.
Selain itu, saya mengharapkan agar kita dapat membincangkan juga usaha
memperkasakan bidang pendidikan khususnya
untuk orang Melayu. Segala kemudahan kerajaan dah sediakan, banyak kemudahan
tetapi orang Melayu masih lagi berada di tahap, di takuk yang tidak memuaskan
dalam pencapaian bidang pendidikan ini.
Kita boleh melihat rakan kita, kaum Cina. Mungkin kemudahan
sedikit kurang berbanding orang Melayu tetapi pencapaian mereka terbaik malah
akhir-akhir ini masyarakat India juga menunjukkan keupayaan mereka dalam bidang
pendidikan tetapi kita orang Melayu masih kurang dari segi pencapaian
pendidikan. Di mana silapnya?
Oleh itu, kita sudah tidak boleh meletakkan kesalahan pada orang
lain lagi, kita juga tidak boleh meletakkan kesalahan kepada kerajaan, tetapi
kita setiap individu Melayu, apakah sumbangan kita untuk memperkasakan
pendidikan orang Melayu? ,” tambahnya lagi.
Oleh itu, besarlah tanggungjawab perwakilan UMNO untuk
membincangkan dan membahaskan perkara penting untuk memperkasakan orang Melayu,
khususnya dari segi pendidikan, ekonomi dan perpaduan orang Melayu.
“Bak kata pepatah orang Melayu, sebatang lidi mudah sangat orang
memperkotak-katikkan, tapi kalau seberkas(segenggam) lidi, tidak ada sesiapa untuk
memperkotak-katikkan kita. Kerjasama, perpaduan dan kesatuan kita, insya-Allah
kepimpinan Melayu dalam kerajaan BN ini melalui UMNO akan terus berada di bumi
bertuah Malaysia ini” tambahnya lagi.
dulunya saya tidak percaya namanya togel tapi sekarang saya udah percaya nama togel akhirnya saya bisa membyar hutang saya gara menang kan togel 100 juta untuk membayar hutang-hutang saya sampai sekarang ini jika anda minat seperti saya hub di nomor ini [085396925554] terima kasih
BalasPadamdulunya saya tidak percaya namanya togel tapi sekarang saya udah percaya nama togel akhirnya saya bisa membyar hutang saya gara menang kan togel 100 juta untuk membayar hutang-hutang saya sampai sekarang ini jika anda minat seperti saya hub di nomor ini [085396925554] terima kasih
BalasPadam