Pengikut

Selasa, 3 April 2012

PANAS WEH!! ISU CALON JERANTUT!!

   
  Maklumat yang diterima oleh penulis berkenaan maklumat pru 13 ini dimana Umno Jerantut berhadapan dengan kesulitan jika tiada perubahan calon. Ini bermakna bagi memastikan Barisan Nasional kekal di Parlimen Jerantut dan Adun perlu di letakan calon baru.

    Penulis disini tidak mengiakan maklumat ini tetapi jika ianya berlaku sudah sampai masanya UMNO Jerantut perlu membetulkan keadaan ini sebelum ianya musnah.

   Baru-baru ini Jawatnkuasa Umno Bahagian Jerantut telah memutuskan agar calon di tentukan mengikut senarai nama yang tertinggi didalam pucuk pimpinan UMNO Bahagian Jerantut.

    Sebagai orang yang sayangkan umno penulis berharap agar ada jalan penyelesaian berkenaan isu calon ini.
 
Bagi penulis yang penting calon mesti benar-benar ikhlas membela nasib rakyat di Jerantut ini.

       Apa yang berlaku terhadap landskap politik Jerantut jika membenarkan pembangkang menguasai Jerantut. Penulis semestinya tidak mahu seperti apa yang telah berlaku di Pulau Pinang!!

7 ulasan:

  1. YB pulau tawar kasi tukar Dato Seri..

    BalasPadam
  2. tukar sama cikgu KOH!!

    BalasPadam
  3. Umno jantet ni nasib baik jer.nasib baik sbb pas jantet pandir letak dr. Mezah sbg calon,pas jantet dikuasai puak kelantan.kalau pas jantet dikuasai olehorg jantet juge mati lama dh umno jantet.tapi pas pandir toi bete.sbb orh jantet paham bahawa pas itu kelantan,kelantan itu pas.

    BalasPadam
  4. Risaukan jadi mcm Penang? Setakat ni risau lagi ke? Kes subsidi bersilang x cukup lagi ke utk merisaukan awk? Dalam bandar Jerantut, brp ekar je lagi yang tinggal tanah kerajaan? X cukup banyak lagi ke tanah kat Gua Kota Gelanggi bagi kat Lim Ah Chap yang pada mulanya utk tanaman herba sekarang dah jadi tanam sawit tu? Balak kat tanah itu dpt kat puak perompak UMNO Baru. Penang tu pun sapa yang bagi kat Gerakan? Semasa dibawah Gerakan, orang Melayu diperjuangkan ke?

    Kalau nak bagi contoh Penang dgn ambik fakta tv3 suku tu, rosak la minda kita. Dulu dan kini kata Kelantan miskin kerana Pas x pandai mentadbir negeri tp Pahang yang dah defisit belanjawan 13 tahun tu, Pas ke yang memerintah? Aku pergi Kelantan tahun lepas kat Kota Bharu, aku rasa hebat lagi diorang berbanding Kuantan. Pasar malam Wakaf Che Yeh, ada tempat kat Pahang buat gitu? Buat uptown bukan setakat Jerantut je, Kuantan kat tepi Sg Kuantan tu pun 'bungkus'.

    Aku ni orang Pahang sejati (Chenor) tp menetap dah lama kat Jerantut ni. Bukan apa, kang wokme tuduh kwn ni org Kelantan plk sb membela sgt ke Kelantan tu

    Kawan nak bagitau awal2, walaupun sapa yang Umno (B) letak calon, kwn tetap undi PR. Asal Bukan Umno -ABU-. Cukup2 la kena tipu, dah lama bodoh dak orang je. 1 undi kat Jerantut ni dah tentu dpt kat PR, kalau umur kwn panjang la

    BalasPadam
  5. aku berpendapat, apa-apapun..., adalah lebih baik calon-calon dari BN mesti datang dari AJK UMNO Bahaian/MCA/MIC, kalau dah tak respek kepada kepimpinan parti tak gunanya jadi pemimpin parti..., pasni kita ramai keluar dan takyah berpati weh..., sekarang ni macam-macam cara dah dilakukan seolah-olah AJK ni hanya untuk main-main je - calon payong terjun, calon taktau kepunca datang dari parti mana.., inilah diantara punca penyebab orang UMNO sendiri dah tak minat dengan UMNO...

    BalasPadam
  6. Weh org chenor,klu rasa bagus sgt duk klntan,pergi berambus la duk kelantan tu,awk ingat nik azis bg ke tanah ke awk.pahang tak maju sbb ada org mcm awk no la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duduk mana pun aku x kisah, bumi ini milik Allah. Dr Allah jugak aku dipinjamkan tanah kat Jerantut ni.

      Kemajuan apa yang awk maksudkan? Kemajuan pemikiran atau kemajuan material? Kalau kemajuan material, ya aku x dapat nak bersaing dgn pemimpin UMNO Baru kat Jerantut ni. Tp kalau bab kemajuan pemikiran, aku rasa aku ada la sikit kot. Bukan nak takbur. Takbur adalah sifat Allah bukan sifat makhlukNya.

      Pahang x maju sb ada orang mcm aku? Memang tak maju pun. Dah 13 tahun belanjawan defisit. Orang mcm aku ke orang mcm ko yang buat gitu? Menurut fakta dr Laporan Audit Negara, kerajaan2 negeri PR yang lebih baik. Maknanya orang macam aku la yang membawa kemajuan manakala orang yang macam ko la membawa kemunduran.

      Kak Ijat pemimpin ko tu dah sapu RM250 juta tu pun asalnya di Laporan Audit Negara. Kalau kes ni tak kuat, pendakwaan tak akan dibuat. Khir Toyo (orang macam ko la kut tp semesti bukan orang mcm aku) kalau bukan sebab Selangor jatuh ke PR, tak jatuh hukum lagi kut. Sekarang mahkamah dah jatuh hukum dah kat dia iaitu penjara setahun (ko tau ke dok ni?) Lain kali kalau nak berhujah biar dgn fakta, bukan dr fakta merapu. Biar kita duduk dihulu tp jgn pemikiran kita pun hulu jgk.

      Padam