Pengikut

Jumaat, 9 Disember 2011

INI PANDANGAN BUAT ADINDAKU DATO WAN AMIZAN DAN SEMUA PEMUDA


Zaman sudah berubah. Masa sudah berdetik jauh dengan kemodenan yang semakin hari semakin mengejar kita – tidak lagi kita mengejar kemodenan. Kemodenan mensyaratkan kita berlari sealiran dengan kemajuan. Zaman kemodenan dan kemajuan ini lah yang sebenarnya mengajak kita berfikir dan mencabar kehidupan kita.

Apa pun dalam berhadapan dengan cabaran itu sikap keterlaluan sebenarnya menghancurkan – tidak memberi kesan baik. Oleh sebab itu kesederhanaan memainkan peranan yang penting – berfikir secara waras juga penting – menidakkan yang tidak itu perlu dan memperakui apa yang benar itu – adalah pra syarat kematangan – dalam apa juga bidang dan laluan hidup. 

  UMNO menganjurkan kematangan berpolitik – AUKU dalam Perkara 15 yang mahu dimansuhkan juga memperakui kematangan mahasiswa untuk memilih – sama ada mahu berpolitik atau mahu belajar-bukan desakan supaya mereka terus masuk politik. 

Menganjurkan transformasi politik dalam UMNO juga adalah saluran kematangan yang perlu kita lalui. Memansuhkan Akta ISA dan menggantikannya dengan akta yang lebih tersusun dan lengkap adalah satu bentuk memotret  kematangan politik.

Perdebatan adalah sesuatu yang jelas mencerna kematangan minda – dalam konteks yang separa bukan dengan cara yang subversif – nakal dan mempunyai unsur-unsur negatif dalam berhujah. Kematangan ini adalah dituntut. 

  Mencari kebenaran dan berhujah dengan baik menjadikan kita DIPERCAYAI – BUKAN DIGEMARI dan sekadar BERSERONOK. Keperluan kematangan ini perlu ada untuk kita bekalkan kelak kepada warisan akan datang.

Oleh itu unjuran kejayaan sebenarnya adalah menyalurkan apa yang kita klasifikasi sebagai baik dan bernas untuk mereka sedar dan mengambil tindakan. Kita tidak perlu melakukan tindakan ekstrem – melatah dan menggunakan teknik yang berabad lalu – yang telah dan pernah digunakan. Saya sudah meniti masa dan sudah meniti kematangan.

Sesiapa dibahagian perlu peka dengan keadaan sekarang yang memerlukan kita berbicara soal kematangan politik menembusi akal yang waras berpaksikan hujah yang tepat.

Saya memohon maaf sekiranya pandangan ini agak menyentuh hati sesiapa. Namun kebenaran ini untuk kejayaan kalian semua. Akhir kata ampun maaf  jika tulisan ini menyentuh hati saudara-saudara. Percayalah tak akan umno hilang didunia.. Allahuakabar!!!

3 ulasan:

  1. CE WAH!WA CAYA LA LU,WA CAYANG LU!

    BalasPadam
  2. bagus juga aok tulis gini bior sedor sikit dompok tuh..

    BalasPadam
  3. gua pun caya sama lu lah. wa caya sama semua org

    BalasPadam