Pengikut

Khamis, 5 Januari 2012

PERKASA UNTUK APA SEBENARNYA? NAK GANTI UMNO?


Ada kalanya kita perlu bertanya pada diri kita, kenapa PKR masih dapat sambutan dari orang Melayu, kenapa PAS masih diikuti sebagai parti Islam untuk orang Melayu, kenapa UMNO juga menjadi turutan orang Melayu dan akhirnya kenapa PERKASA wujud untuk menjadi himpunan orang Melayu.  
 
Mungkin orang Melayu berbudaya mengikut, menurut dan asyik terbuai dalam kancah dilema kerana tanpa kucar ini maka Melayu lopong dan membosankan. Aneh tapi benar dalam mengikut – orang Melayu seakan mengikut apa sahaja kebodohan kepimpinan dan hari ini tanpa mahu beralas KEBODOHAN itu terserlah dengan mengikuti kepimpinan seperti Ibrahim Ali. 

Kita tidak faham apa yang mahu dibawa oleh Ibrahim Ali dan Melayu yang mengikutinya untuk kononnya bertembung dengan perhimpunan BEBAS yang dirancang oleh PKR. Perhimpunan BEBAS Anwar pun kita tidak faham kerana Anwar belum dijatuhkan hukum inikan pula Ibrahim Ali dengan perhimpunannya. Mungkin perhimpunan yang dianjurkan oleh PKR adalah untuk menunjukkan sokongan kepada Ketua UMUM mereka tetapi PERKASA di bawah Ibrahim Ali mahu ke tempat mereka melakukan perhimpunan untuk apa? Untuk mengajak Melayu sama Melayu bertempur dan bergaduh. Apa sebenarnya matlamat atau matlamat Ibrahim Ali ini adalah untuk provokasi sesama Melayu. Masalah apa yang ada dalam benak pemikiran Melayu usang Ibrahim Ali ini. 

Jangan sampai Melayu usang ini melakukan perkara-perkara yang akhirnya UMNO akan ditempelak dengan kebodohan beliau. 

UMNO sepatutnya mula menjauhkan diri dari PERKASA yang dipimpin oleh kepimpinan tidak berhaluan ini. Melayu sendiri sepatutnya sedar bahawa Ibrahim Ali ini mungkin spesies Melayu usang yang mencorek Melayu bersikap ke belakang tanpa usaha memajukan minda orang Melayu sendiri. Melayu usang ini akan melakukan apa sahaja untuk diri termasuk menyokong Anwar Ibrahim sebelum ini, serta menyokong PAS bila tersepit dalam politik. 

Hari ini Melayu usang yang pernah menerajui Badan Bertindak Melayu kita melihat ruangan untuk mencelikkan populis beliau yang semakin kabur untuk menjadi wira Melayu melawan Melayu.

UMNO sepatutnya jangan terlibat sewaktu penubuhan PERKASA dahulu bila mana orang yang disokong itu adalah Ibrahim Ali. Benar watak Melayu usang ini boleh digunakan untuk ruangan-ruangan tertentu tetapi watak seperti ini akhirnya membawa padah lebih dari membawa berkat. Politik Malaysia yang berbilang kaum ini TIDAK ADA tempat untuk watak Melayu usang yang berlagak berani bila dengan Melayu sahaja. Perjuangan yang hanya melihat satu arah – mahu menjadi wira politik pada UMNO kononnya akhirnya akan menjahanamkan UMNO sendiri. 

Watak Melayu usang ini hanya terbit dalam keadaan seperti ini – mahu membawa gerombolan Melayu untuk bertempur dengan Melayu lain. Tindakannya IBRAHIM ALI ini juga akan menjadi satu provokasi besar kepada puak BEBASKAN ANWAR dari tidak tentu untuk hadir kepada terpaksa hadir kerana provokasi Melayu Usang Ibrahim Ali.

Mungkin Melayu harus mula berfikir dan mungkin UMNO juga perlu teliti dengan orang seperti Ibrahim Ali ini. Jangan sampai keusangan ini mendorong kepada keruntuhan maruah orang Melayu sendiri.

1 ulasan:

  1. Katak ini sebenarnya tiada tempat untuk bertanding.Orang pasir mas dah lama kendang katak ini keluar. Atas nasihat MAMAK KUTTY, hang buatlah
    bising2,sekurangnya saya bolih arahkan Najis BODOH ini amik hang. Saya kan pm, najis itu patong saja.

    BalasPadam