Pengikut

Rabu, 18 Januari 2012

SIAPA YANG PANDANG UMNO?


UMNO hari ini perlu lebih mengukuhkan persepsi rakyat terhadap mereka. Segala usaha yang buat akan menjadi sia-sia sekiranya rakyat tidak nampak sudut positif UMNO dan BN. Secara peribadi saya mengatakan bahawa usaha UMNO cukup baik tetapi persepsi yang dilemparkan terhadap UMNO seakan tepu dan perlu di cairkan. Kita tidak bercerita mengenai mereka yang sedang kuat menyokong UMNO atau bercerita mereka yang taasub menyokong pembangkang tetapi kita mahu merasionalkan isu agar kematangan berpolitik akan dapat melihat secara menyeluruh usaha UMNO dan tidak hanya mengukur kesilapan kepimpinan UMNO. Kita perlu MENUNJUKKAN kemurnian kita berpolitik standard kita sebagai parti yang memerintah agar ini akan dapat menjadi ukuran kualiti kita.
Namun yang paling menghairankan, kita bertindak khususnya mereka yang terlibat dalam menerangkan UMNO termasuk pegawai dalam Bahagian dan media-media alternatif yang saban hari menjatuhkan standard UMNO. Kita perlu lihat usaha untuk mengembalikan sokongan terhadap UMNO. Kita sepatutnya menilai kumpulan sasar yang bagaimana mahu kita tuju, kumpulan yang masih tegar dengan pembangkang, kumpulan baru yang berjinak-jinak dengan pembangkang atau kumpulan di atas pagar. Kita tolak kumpulan tegar tetapi kita masih ada kumpulan yang baru berjinak-jinak dengan pembangkang dan kumpulan yang berada di atas pagar. Kita juga sepatutnya memberi penelitian terhadap pengundi kaum lain yang senantiasa melihat dan memandang kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan