Pengikut

Selasa, 20 Mac 2012

AMERIKA MEGUASAI MALAYSIA, MELAYU OH MELAYU!!!



Alhamdulillah dikesempatan ini penulis berkesempatan untuk berkongsi beberapa pandangan berkenaan isu politik negara kita pada hari ini. Saban hari pelbagai isu yang berlaku di negara kita pada hari ini. Selepas membaca beberapa berita berkenaan kuasa politik Malaysia, penulis ingin melontarkan beberapa perkara.
1. Sedar atau tidak, kepentingan Amerika berada di mana-mana negara dunia termasuk Malaysia bagi kelangsungan agenda mereka untuk menguasai dunia. Perkara ini berlaku semenjak dahulu lagi.
Umum menyedari ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap penasihat Pakatan Rakyat (pakatan diantara PKR, Pas dan DAP) telah pun menjalin hubungan dengan beberapa orang pemimpin politik berpengaruh di Amerika Syarikat. Matlamat menghalalkan cara untuk mendapatkan sokongan politik dan peribadi dari pengaruh kalangan kepimpinan Amerika Syarikat oleh DSAI dalam usaha keras mengambil alih kepimpinan negara sedia ada dan menjadi Perdana Menteri.
2. Umum juga sedia maklum melalui contoh-contoh beberapa negara di dunia yang terpaksa akur dan ikut telunjuk Amerika Syarikat dalam urus tadbir negara berkenaan. Malaysia negara Merdeka dan telah/sedang dibangunkan mengikut acuan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana unsur dan pengaruh dari luar Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita semestinya bersyukur ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izin dan taufik hidayahnya Malaysia masih diterajui oleh kepimpinan Islam dengan disokong oleh kepimpinan bukan Islam sebelum dan selepas mencapai kemerdekaan. Gabungan kepimpinan sedia ada yang berteraskan acuan tersendiri seharusnya dikekal dan dipertahankan sampai bila-bila.
3. Segelintir golongan rakyat yang menyokong pergerakan parti-parti pembangkang (pakatan rakyat) lebih-lebih lagi dari kalangan muda hendaklah kembali menoleh kebelakang dengan mengkaji dan memahami sejarah negara Malaysia (diantaranya perjuangan kemerdekaan, pembangunan sosio ekonomi, pembangunan fizikal semuanya untuk rakyat) dan menilai semula pegangan dan keyakinan terhadap kepimpinan parti-parti pembangkang yang cuba merubah keadaan melalui gagasan reformasi oleh DSAI. Buatlah perbandingan dengan ilmu dan pengetahuan yang telah diperolehi melalui sistem pendidikan dan pembelajaran daripada sistem pemerintahan yang sedia ada (UMNO dan Barisan Nasional). Kepada yang mendapat nikmat pembiayaan untuk menimba ilmu setinggi mungkin daripada kerajaan sedia ada (UMNO dan Barisan Nasional) janganlah begitu mudah seperti kacang lupakan kulit. Begitu mudah terpengaruh dengan dakwaan, tohmahan, persepsi, fitnah memfitnah yang tidak berasas dan bukti yang jelas (main hemtam keromo sahaja) seperti yang menjadi amalan pakatan pembangkang untuk meraih sokongan.
4. Memilih pemimpin negara yang tidak berjiwa Malaysia (tidak patriotik) adalah satu kesilapan besar. Pemimpin yang mahu dicucuk hidung oleh kuasa besar asing dan membawa budaya dan pengaruh songsang (lesbian, kahwin sejenis, liwat, dan sebagainya) hanya baik untuk diri pemimpin itu sendiri dan akan merosakan negara dan rakyat keseluruhannya. Islam adalah agama persekutuan (mengikut perlembagaan Malaysia) dan agama-agama lain diterima pakai oleh penganut-penganutnya tanpa bantahan dari mana-mana pihak. Kita hidup aman dan damai dan semangat toleransi yang tinggi antara satu sama lain. Janganlah kita sebagai rakyat Malaysia menerima apa-apa juga perubahan yang tidak bersesuain dengan amalan harian kita dan tidak menguntungkan mana-mana pihak seperti yang dimahukan oleh segelintir kepimpinan pakatan pembangkang yang berpengaruh.
5. Lihat sahaja apa yang telah dan sedang berlaku di negeri-negeri yang di bawah urus tadbir pakatan pembangkang. Kelantan jauh ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur seperti air bersih dan sebagainya walau pun sudah mentadbir lebih dari 22 tahun yang lalu. Di Pulau Pinang usaha pembangunan banyak tertumpu kepada pembangunan di kampong-kampong Melayu dan sebahagian penempatan India dan tidak mampu milik oleh golongan tersebut selepas dibangunkan oleh kerana nilai harga pembangunan telah meningkat begitu tinggi diluar kemampuan golongan sedemikian. DAP di Pulau Pinang meminggirkan kepentingan golongan bawahan khususnya Melayu dan India. Kedah tak habis-habis dengan masalah kepimpinan negeri (bercakaran sesama sendiri) dan pembangunan untuk rakyat terpinggir. Kepimpinan Selangor didominasi oleh DAP, PKR tiada kuasa penuh dan Pas dipinggirkan dalam banyak isu yang berkaitan dengan kepentingan Islam.
6. Sama-samalah kita fikirkan, mahukah kita menerima pemimpin yang ingin membawa budaya dan pengaruh luar untuk mempengaruhi urus tadbir negara, mahukah kita menerima kepimpinan yang kucar kacir (neger-negeri di bawah kepimpinan pakatan rakyat) seperti yang sedang berlaku sekarang dan seterusnya. 
Persoalan ini haruslah kita tanya diri kita sendiri demi kelangsungan generasi kita akan datang.

2 ulasan:

  1. sAYA MENYOKONG EMPUNYA bLOG, TETEAPI DI PARLIMEN JERANTUT, SELAGI PEMPIN YANG BERKENAAN ATAU PEMPIN YANG MENUNJUK-NUJUK KEMEWAHAN, SAYA SERU KEPADA PENGUNDI PARLIMEN JERANTUT, JANGAN UNDI BN.
    UMNO TETAP HIDUP, WALAU PUN PEMPIN BEGINI TIADA.

    BalasPadam
  2. Umum juga mengetahui bahawa kes NFC, duit rakyat dirompak. Umum juga mengetahui bahawa pendidikan anak muda sekarang ni dijadikan peluang kroni2 pemimpin mentekedarah duit rakyat. Sebabnya : MARA dan JPA hanya menaja IPTS sahaja dan bagi IPTA guna PTPTN. Dari kecil pendidikan percuma, apabila masuk U kena buat pinjaman pulak. Kroni2 buat IPTS, cari orang untuk belajar, wang yang dipinjam, guna utk bayar kos pembelajaran tersebut. Pandai atau tidak, x kesah, janji duit dah depa rembat. Seolah berniaga orang sahaja. UMNO dulu berbeza dgn UMNO BARU ni. Sudah2 lah kena tipu dgn mamak kutty tu. Melayu oh Melayu

    Tentang tajuk Amerika ni. Apa Najib dijamin tidak tunduk dgn Amerika ke? Besar sangat ke Msia ni sehingga Amerika nak 'takluk' kita demi kelangsungan politik mereka? Sudah2 la, bro. Isu ni dah lapuk. Propa je lebih.

    Rakyat nak tau apa dasar kerajaan untuk memajukan kehidupan. Setakat ni apa yang Najib buat? TIADA. Setakat nak bagi RM500 je untuk tempoh 50 tahun ni baik x payah. Najib pun dah minta maaf atas kesilapan di negeri PR di atas kesilapan yang lalu. Maknanya betul lah UMNO dah buat salah.

    BalasPadam