Pengikut

Khamis, 13 September 2012

PANAS WEH!! DATO DR SUKRI & DATO WAN AMIZAN TIDAK DISENARAI CALON PRU 13?

   

  Keresahan Mula timbul dikalangan orang umno Jerantut sekarang ekoran berita yang telah disiarkan di Akhbar Sinar Harian pada 12 september 2012 baru-baru ini. Banyak blog-blog di Jerantut turut mengulas isu ini.

  Berikutan timbulnya isu penyelewangan melibatkan orang umno Jerantut yang semakin meruncing dan menjadi antara topik perbualan rakyat di Jerantut ketika ini.

   Berikutan dari isu yang sedang hangat diperkatankan ini rakyat diJerantut seolah-olah tidak mengerti apakah sebenarnya yang melanda umno Jerantut.

   Ada yang mengatakan perang politik dikalangan beberapa individu yang saling bermusuh kini sedang membedir sesama sendiri.

    Isu ini sebenarnya akan membawa kepada keburukan kepada kedua-dua yb dun Tahan dan Dun Pulau Tawar. Apabila Pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Menjalankan siasatan. Pasti mereka tidak senang dan akan  ada edisi membalas dendam. Mengapa ini perlu Terjadi?

       Sebenarnya apa yang terjadi ini tidak membawa penyelesaian sebaliknya penulis percaya kedua-dua YB ini akan tidak tersenarai dari senarai calon pru 13 berikutan jika mereka terlibat dengan isu yang sangat menjejaskan nama baik umno. Nama umno perlu dibersihkan. Penulis BPW tidak bermaksud memihak kepada sesiapa yang betul tetap betul yang salah tetap salah.

               Tetapi janganlah rakyat menjadi mangsa akibat sifat tamak dan haloba mereka ini. Ahkirnya UMNO Jerantut buka buku baru.

                Rakyat Jerantut sudah tentu menolak calon yang penuh dengan masalah dan gagal menyelamatkan parti ini.

 

 baca artikel dibawah-

'Orang Umno' jual tanah, dakwa Pemuda Umno



BANDAR JERANTUT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli  Umno sendiri.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul  Razak berkata, kes itu perlu disiasat supaya imej dan nama baik Umno dapat dibersihkan daripada segala unsur rasuah.

Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.

"Laporan kepada SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih kepada syarikat bukan Melayu.

“Siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang ramai supaya  kes ini disiasat mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Amizan berkata, dalang yang didakwa dalam kalangan orang kuat Umno itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut  bertukar milik kepada pihak lain.

Katanya, sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat tertentu akibat tindakan pihak terbabit.

“Pemuda Umno juga mahu SPRM membuat siasatan mengenai manipulasi ‘projek silang’ dalam kawasan bandar yang dilihat dimonopoli syarikat tertentu.

“Kita khuatir wujud unsur korupsi, penyalahgunaan kuasa dan gejala lain bagi kepentingan satu pihak, sedangkan rakyat seperti peniaga, pemandu teksi dan pengusaha kecil ditindas,” katanya.

Beliau berkata, Pemuda Umno sedia mengemukakan bukti supaya mereka yang terlibat disiasat mengikut undang-undang.

Wan Amizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan berkata, laporan yang akan dikemukakan Pemuda Umno kepada SPRM itu adalah untuk membersihkan imej Umno yang dilihat tercalar oleh perbuatan segelintir ahlinya.

"Perbuatan mereka menyebabkan parti pembangkang mengambil kesempatan, memperlekeh Umno dan memberi impak pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Siasatan perlu dibuat dan perlu dibuktikan untuk pengetahuan rakyat sesuai dengan perjuangan Umno yang lebih telus. Ini penting bagi melakarkan perubahan di samping perlu mempunyai pemimpin yang berintegriti dan amanah,” katanya.

Borok Politik Weh berminat dengan ulasan blog 'urag drulug'
 urag drulug :-Kalau masih ingat, calon DUN Tahan dulu, Allahyarham Cikgu Halim telah kalah ditangan Pas akibat dari politik cas keting UMNO sendiri, bukannya kerana kekuatan Pas. Mereka yang mensabotajnya masih hidup dan masih mendukung UMNO Bahagian. Memang patut benar apabila Tun Mahathir katakan bahawa UMNO busuk hingga keusus kerana orang-orang seperti ini masih diterima didalam parti dan diberikan tempat. Mampukan parti jadi bersih jika pemimpinnya dari kalangan orang-orang yang kotor?

10 ulasan:

  1. umno perlu dibersihkan jika mahu sokongan rakyat. Pemimpin mesti bersih. Leni org tengok calon bukan parti. dulu letak kayu api pun bn menang.

    BalasPadam
  2. wan mizan tak layak jadi ahli parlimen, dr sukri pun patut dh berhenti sbb negeri pun dah tak perlukan dia. dia pun dah kaya duit balak jkkk, jual tanah pada tokey cina lagi...cukuplah penyangap jd pemimpin umno

    BalasPadam
  3. mampos le dua dato pendek tu. tuhan balas balik le sebab kerakusan korang berdua. ganti yang baru di parlimen jtut.

    BalasPadam
  4. puas hatilah ju mansur sebab agenda dia berjaya.dia tahu boss dia dah tak ada peluang bertanding lagi jadi dia buat 7 laporan sprm terhadap wan amizan dengan harapan wan amizan tak boleh bertanding seperti boss dia juga.ju mansur bunuh boss sendiri.atan melot terlibat sama.yang mampus bini dia.gerenti akan kena kerat kalau bertanding ketua atau naib ketua wanita.kita niaya orang orang niaya kita.

    BalasPadam
  5. ju mansor nak sangat jadi KP tapi sokongan terhadap dia dah hilang..tu yang meroyan tak tentu pasal...ni lah salah seorang yang sebenarnya parasit dalam UMNO Jerantut..Ahli Pas Seumur hidup..dia dapat kerjasama dengan mizi SUK UMNO..tu pun lebih kurang je..

    BalasPadam
  6. Biar betul weh cerita demeh semua ni?? bahayala umno jerantut sekarang kalau begini!

    BalasPadam
  7. rosak la nama dr sukri denan wan amizan belasah sesama sendiri. kas dengor sprm tengah siasat wan amizan dengan dr sukri.

    BalasPadam
  8. komfirm dr sukri jatuh g7..patutla riduan mansor tak bertanding g7. kas ikut Dato wan la bos kas nak pilih sape. Kawas pun tak tahu org datang ke tak mesyuarat ni!

    BalasPadam
  9. patutnya dah lama bongkar?, bagaimana bekas exco melunaskan hutangnya berbelas belas juta ringgit, bagaimana, adun memiliki kekayaan melampau, adakah mereka ini tidak tergulung dalam hamba hamba allah yang tidak menyalah gunakan kuasa, begitu juga penjawat awam yang mempunyai kuasa yang tinggi yang memiliki harta yang melampau, termasuk setia usaha kerajaan negeri, lihat bagaimana perlantikan tok 4 tok 4 sama ada ramai yang di lantik atas kepentingan pengaruh adun sendiri, begitu juga siasat BESAR MENTERI JUGA PARA AHLI EXCO yang mengunakan dan mengurus hasil mahsul negeri ini macam harta mak bapak mereka jer, lihat cara mereka meluluskan balak,tanah lombong dan lain lain, sama ada atas kepentingan kerjaan negeri atau rakyat atau ATAS KEPENTINGAN PRIBADI untuk mendapatkan bahagian tertentu berupa wang dan kemudahan lain, cuba bayangkan lah seorang bekas setia usaha besar menteri setelah tidak lagi menjawat tersebut buat masa ini bukan main kaya raya, di mana dapat duit dan harta tersebut?, jika harapkan gaji menabung dari mula kerja pun tak kan dapat mcam sekarang kekayaannya, RAKYAT JELATA FIKIR FIKIRKAN LAH, KITA KERJA MCAM INI JUGA SESIAPA PUN YANG KAYA RAYA, KERANA MUNGKIN KITA BERFIKIR KITA ADA LAGI TEMPAT NAK DI TUJU SETELAH KITA MATI, MEREKA MEREKA YANG BERUANG SEPERTI PEMIMPIN DAN PENJAWAT AWAM YANG PELAHAK NE MUNGKIN BERFIKIR BOLEH MUNGUPAH IBLIS DAN SYATIAN UNTUK BERKAWAL DI KUBUR MEREKA UNTUK MENGHALANG MUNGKAR DAN NAGKIR DATANG, DUIT BANYAK BOLEH RASUAH PADA MALAIKAT NANTI

    BalasPadam
  10. Kwn dpt maklumat mengatakan calon Ahli Parlimen BN ialah antara Dato' Shukri dan Lan (anak arwah Dato' Harun Gintong).

    BalasPadam