Risalah ini dikatakan di taja oleh orang UMNO Pahang
Engkar saranan PM dan TPM – timbul pendedahan yang mengatakan ada
usaha menggunakan jentera pembangkang untuk menghentam kepimpinan
bahagian UMNO bagi memastikan kepimpinan itu tidak dipilih menjadi calon
untuk PRU 13 akan datang.
Mula dikatakan usaha ini datang dari PM
sendiri untuk mengeluarkan mana-mana nama yang mahu digugurkan sebagai
spekulasi membenarkan tindakan mereka dan pendedahan keburukan dilakukan
dengan menggunakan jentera pembangkang.
Aktiviti di UMNO PAHANG terbongkar apabila penulis menerima keterangan dari sumber yang
memaklumkan bahawa ada usaha untuk menjatuhkan kepimpinan bahagian khususnya ahli parlimen atau DUN mula dilakukan.
Diberitakan untuk
permulaan serangan bermula di Rompin untuk menjatuhkan MP Rompin Datuk
Seri Jamaluddin Jarjis dengan tajaan risalah sebanyak 20,000 keping di
serahkan kepada jentera pembangkang untuk diedarkan. Pendedahan ini
dibuat oleh mereka sendiri kepada penulis dan ini adalah satu kes serius yang melibatkan disiplin parti.
Dimaklumkan kepada kami risalah tambahan yang akan diadakan lebih kepada
isu peribadi serangan terhadap individu dan tidak pada UMNO. Ini kata
mereka jelas untuk menjadikan individu itu BUKAN CALON pilihan untuk PRU
13 akan datang. Beberapa nama telah diserahkan kepada penulis
yang terbabit dalam menyerahkan risalah itu kepada jentera pembangkang
kawasan untuk di jadikan material membelasah individu tersebut dan dalam
konteks ini Datuk Seri Jamaluddin Jargis.
Ini
pasti akan menimbulkan konflik dalaman UMNO. Ini akan memburukkan
keadaan dan mampu menjadikan UMNO berpecah dalam menghadapi PRU 13
nanti. Menurut sumber kami nama yang dimaklumkan kepada kami dikatakan
berhajat untuk MP Rompin itu tidak dipilih dari menjadi calon UMNO.
Tindakan ini menunjukkan saranan PM dan TPM masih tidak di terima dan
faktor calon UMNO akan menjadi antara faktor utama yang menjadikan UMNO
bermasalah dalam PRU 13 nanti.
Apa Komen pembaca berkenaan isu ini agaknya?
Apa tuan herankan... kan TDM dah kata berulang kali UMNO itu busuk hanyir nya hingga ke usus. Baik yang memfitnah atau yang difitnah semuanya tak boleh dipakai lagi. TDM juga kata "yang cerdik masuk DAP yang bijak masuk PAS yang pandai masuk PKR" cuma yang bodoh-bodoh aje yang tinggal dalam UMNO. Tak caya tanya tun mahadhir, kerana dia yang cakap.
BalasPadamini kerja najib sendiri dan bersihkan umno la.
BalasPadam