Pengikut

Isnin, 26 November 2012

JERANTUT PANAS LAGI WEH!


PUTRAJAYA November – Dua adun UMNO akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana bertelingkah di dada akhbar sehingga mencemarkan imej UMNO di mata rakyat.Kedua-dua adun tersebut didapati menyalahi pekeliling yang diedarkan oleh ibu pejabat parti yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar UMNO.

“Pekeliling mengenai larangan itu bukan sahaja telah diedarkan kepada semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan ketua-ketua bahagian sejak sebulan lalu, malah ia turut dikuatkuasakan ke atas semua parti komponen Barisan Nasional (BN).‘‘Ia satu arahan melarang pertelingkahan parti dibangkitkan dalam media tetapi kedua-dua mereka ini melanggarnya dengan bergaduh macam budak kecil sehingga mencemarkan imej UMNO.“Kedua-dua mereka akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin dan bentuk hukuman terserah kepada badan tersebut,” katan Datuk(dipadamkan).

Sebelum ini adun tersebut dilaporkan meminta BN mengambil tindakan terhadap adun tersebut kerana mengkritik kerajaan termasuk Datuk   XXXXX  secara terbuka.Tindakan itu mencetuskan kenyataan balas Datuk XXX  yang mempersoalkan kedudukan Datuk XXX dan menggesa Perdana Menteri meneliti semula pelantikan beliau sebagai ADUN dan ...(dipadamkan)


"TOK NAN DAH TAHU SANGAT" PAHAM-PAHAM LA..

5 ulasan:

  1. Kan aku dah cakap, ase nama ameno je memang perompak dan penyamun la kerjanya

    BalasPadam
  2. Aku tau dah siap.haaaha

    BalasPadam
  3. kau orang memang tau semua.pakatan harambaik semua ke?

    BalasPadam
  4. Kalau ikutkan laporan audit negara, semua negeri PR baik belaka. Negeri BN, hancur. Dalam utusan mmg x keluar la sb tu ko x tau. Kalau ada pemimpin yang begini, x payah susah2 ko buat laporan, SPRM melompat membuat siasatan dan laporan. Reti?

    BalasPadam
  5. Awat la pemimpin UMNO buat kerja lagu ni...asyik kerja jual tanah melayu je kerjanya. Terpekik terlolong kononyer berjuang untuk melayu. Rupa2 kat belakang2 kami, korang jual tanah2 Melayu. Rakyat marhim nak mintak tanah sekangkang kera pun susah, korg senang2 jual tanah kat bangsa lain. Tenggok kat Selangor tu, Si Satim Adun BN tu, terpekik terlolong kononyer marahkan kerajaan negeri supaya jangan gadai tanah Melayu. Aleh2 tenggok..balakang tenggok, rupanyer dia sindiri jadi tokey jual tanah Melayu, beli seringgit sekaki, jual dpt untuk juta2. Kat Penang pun mcm 2, terpekek terlolong mamak UMNO penang, kat LGE jual tanah Melayu, aleh2 tenggok, sama mcm satim, mamak tu ler tokey jual tanah Melayu. Xde hati perut la korang ni. Jadi, mmg patut generasi muda & orang2 yang terdedah kepada maklumat menyokong dasar2 yang dibawa oleh PR, yang lebih menguntungkan Melayu dan rakyat semua kaum. Orang2 sokong UMNO ni sebab mereka x mau berfikir secara lebih mendalam dan membanding2kan maklumat. Sekiranya ada sedikit kemahuan, keluar dari 'doktrin' UMNO ni...insyaAllah, akan nampak nyata kebenaranya. Semoga bangsa melayu di lindungi oleh Allah dari segala mara bahaya.

    BalasPadam