Pengikut

Jumaat, 18 Oktober 2013

PANAS TERKINI!! POPULARITI AHLI PARLIMEN MENINGKAT DAN MAJORITI RAKYAT JERANTUT MAHUKAN AHLI PARLIMEN SEBAGAI KETUA BAHAGIAN JERANTUT!


Didalam UMNO kita masih lagi mengamalkan demokrasi, bermakna semua orang yang layak berdasarkan perlembagaan parti boleh bertanding, dipilih dan memilih, seseorang yang dikatakan berasal dari istana apabila beliau melibatkan diri dalam politik bermakna beliau sanggup meninggalkan protocol tertentu dan bebas bersama ahli-ahli parti atau rakyat atau masyarakat di kawasan yang disertai, jadi sepatutnya tidak timbullah ahli-ahli parti ini diugut dengan dibuang negeri dan sebagainya yang mengaitkan istana, kerja-kerja menakutkan perwakilan ini hanya diwar-war atau dilakukan oleh dua atau tiga orang pencacai atau pengampu yang bimbangkan mereka hilang tempat berteduh..

Menyentuh tentang perubahan, perwakilan adalah sepatutnya membuat perubahan dengan memberi peluang kepada Hj Nazlan Ahli Parlimen atas sebab berikut:
1. Hj Nazlan adalah anak tempat dan menetap di Jerantut
- orang Jerantut mudah untuk bertemu dengan beliau dan beliau juga
mempunyai wawasan dan semangat yang masih tinggi untuk membawa
perubahan di Jerantut ini
2. Hj Nazlan masih muda, biarlah dia kuat kerja bagi menjaga kepentingan
parti dan rakyat di Jerantut ini
2. Sebagai Ahli Parlimen beliau mudah untuk berhubung dengan pemimpin
atasan samada untuk kepentingan parti atau membawa pembangunan di
Jerantut, disamping itu beliau adalah pemimpin yang mudah didekati
3. Hj Nazlan pernah berjumpa dgn Ku Lan di rumahnya di KL, Ku Lan
pernah mengatakan sebagai Ahli Parlimen sesuai untuk jadi Ketua
Bahagian, tetapi kenapa tiba-tiba beliau masih nakkan lagi jawatan itu
sedangkan beliau telah tidak menjadi Ahli Parlimen, pendirian ini jugalah
diamalkan semasa Dr Shukri bertanding dengan beliau dulu, Ku Lan dah
maklum dalam ucapan dan buat statement akhbar kata nak mengundur
diri, sebab itulah Dr Shukri teruskan bertandingan

Jadi kerana sifat yang sentiasa bermain politik, mudah lepas tangan dengan hanya mewakilkan beberapa orang kuat dia menghadiri mesyuarat penting diperingkat daerah (mesyuarat tindakan daerah sangat penting dihadiri Ahli Parlimen / Ketua Bahagian bagi mempastikan pembangunan daerah berjalan lancar), jarang turun padang kerana sudah berumur dan beliau tinggal jauh di Kuala Lumpur.

Jadi atas sebab-sebab itulah sebagai perwakilan perlu bertanggungjawab membuat perubahan mengundi kepimpinan baru iaitu Hj Nazlan

1 ulasan:

  1. apakah agaknya perasaan WZWH dan GUSDUR (kedua-dua, ya saudara terdekat) yang terlalu kuat menghentam Mat Lan dalam blog atau facebook, adakah perlu mereka memohon maaf hasil tindakan mereka, kalau setakat menyokong Ku Lan tidak menjadi kearahan orang tetapi mereka ni masuk line mengata orang..

    BalasPadam