Pengikut

Memaparkan catatan dengan label CALON JERANTUT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CALON JERANTUT. Papar semua catatan

Rabu, 25 Julai 2012

TERKINI! PM TOLAK CALON LAMA DI JERANTUT!



Cerita terbaru yang penulis dapat melalui sumber sebenarnya berkenaan calon P81 yang sangat panas ketika ini buat umno bahagian Jerantut apabila tanpa  diketahui hakikat sebenarnya YBM Tengku Azlan masih mahu meneruskan hasrat beliau untuk kekal bertanding pada pru akan datang ini.


Maklumat bocor yang diketahui adalah berkenaan pemilihan calon  p81 yang di tapis oleh PM, dimana PM telah menolak hasrat YBM untuk mengekalkan kerusi beliau di Parlimen Jerantut. Ini serba sedikit dapat disedari oleh beberapa pemantau PM apabila YBM tidak hadir sewaktu PM turun ke Padang piol baru-baru ini. Kelihatan jelas berlakunya perang dingin diantara YBM dan PM.


Memang tidak dapat dinafikan oleh seorang pun jawatankuasa Umno Bahagian Jerantut apabila sebenarnya YBM mahu bertanding lagi pada pru 13 akan datang. Usaha beberapa org adun untuk mempromosikan diri agak terbantut apabila menyedari strategi yang dimainkan oleh beberapa individu penting didalam umno bahagian Jerantut.


Melalui maklumat yang diperolehi berkenaan calon p81 PM telah pun mempunyai beberapa orang yang berstatuskan calon luar.


Memang sebelum ini penulis ada menyatakan ingin mendedahkan beberapa maklumat berkenaan pesanan PM sewaktu di Jengka 8 beberapa bulan yang lalu namun penulis ingin rahsiakan lagi.


Penulis akan keluarkan sedikit demi sedikit agar tidak menggangu senario politik Jerantut ketika ini.


PS- TUNGGU TPM MUHYIDIN YAASIN AKAN BERTEMU KETUA BAHAGIAN YANG BERMASALAH.. PENULIS TIDAK MAKSUDKAN BAHAGIAN JERANTUT. TETAPI KITA TUNGGU BERITA SELANJUTNYA.