Semua pemimpin Umno Jerantut terkejut dengan tindakan Ku Lan yang ingin membawa Ku Li ke Jerantut seolah-olah tindakan itu cuba menarik perhatian Dato Sri Najib bahawa Ku Lan perlukan perhatian PM ketika ini.
Selepas Ku Lan mengumumkan untuk menarik diri dari bertanding pada pru akan datang seolah-olah dilihat ada sesuatu yang cuba dizahirkan oleh Ahli Parlimen Jerantut ini. Rata-rata rakyat melihat akan strategi Ku Lan untuk berundur seolah-olah sengaja diada- adakan.
Ramai diantara YB dan Adun di Jerantut ketika ini cuba melarikan diri dengan kehadiran Ku Li ke Jerantut. Apakah rasionalnya bila Ku Lan berbuat demikian?

