Pengikut

Memaparkan catatan dengan label pemuda jerantut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemuda jerantut. Papar semua catatan

Selasa, 11 September 2012

PANAS: PEMUDA UMNO JERANTUT BOIKOT MESYUARAT PEMUDA? DATO WAN AMIZAN CALON PARLIMEN?


   


 Apa telah terjadi dengan pemuda umno Jerantut? Penulis baru-baru ini dikabarkan berkenaan ramai perwakilan memboikot mesyuarat pemuda umno. Dari apa yang penulis dapat laporan lebih dari separuh perwakilan pemuda umno Jerantut tidak hadir ke mesyuarat malah ada cawangan yang langsung tidak hadir.

   Apa sebenarnya yang telah terjadi dengan pemuda Jerantut? Kemana semangat orang muda sekarang ini demi Parti? sepatutnya jika perwakilan tidak bersetuju dengan kempimpinan sekarang tidak seharusnya menunjukan protes dengan memilih untuk tidak hadir ke mesyuarat pemuda.

    Berdasarkan laporan yang penulis terima Ketua Pemuda Dato Wan Amizan tidak berpuas hati dengan jawatankuasa pemuda sehingga menyindir dengan mengatakan tidak ada langsung yang layak menggantikan tugas beliau sebagai Ketua selepas beliau meninggalkan kepimpinan pemuda Umno.

      Penulis juga di maklumkan bahawa Ketua Pemuda Dato Wan Amizan semakin lantang bersuara dalam menegakan kebenaran dan perjuangan umno. Katanya beliau juga akan melaporkan kepada SPRM berhubung penjualan mudah tanah-tanah strategik bandar Jerantut kepada pemaju yang menjadi isu besar kemarahan orang Melayu dan orang Cina kepada UMNO Jerantut bila laporan akan diadu nanti kepada SPR.

     Dato Wan Amiza juga dikabarkan memberi mesej yang sangat jelas kepas Ketua Umno Bahagian Jerantut, Pemuda UMNO Bahagian Jerantut mahu Tengku Azlan berhenti mengeluarkan kenyatan tidak mahu bertanding lagi. Pemuda UMNO mahu Tengku Azlan menyatakan pendirian MAHU atau TIDAK MAHU bertanding lagi.

PS: Dengar cerita dari perwakilan Dato Wan Amizan menangis , kenapa? Dato Wan Calon MP kas sokong weh!