Pengikut

Selasa, 13 Disember 2011

JERANTUT REFORMASI???


Golongan yang satu ketika gah sewaktu isu Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1998 hari ini sepi dan semakin pupus. Kepupusan golongan reformasi hari ini diambil alih oleh kumpulan politikus yang sama dengan standard kumpulan politikus lain dalam mana-mana parti – hanya mementingkan kedudukan dalam parti. 

PKR tidak terkecuali malah dari sumber yang ada – semakin bergolak khususnya apabila ura-ura pilihan raya akan diadakan. Merebut tempat yang terhad dalam PKR semakin ketara. 

Mereka ada yang sedar kedudukan mereka bukan kekal dan menghampiri pilihan raya sesetengah mereka mungkin tidak akan dapat menjadi calon semula. Oleh sebab itu lah, masa yang ada ini diambil sebaik mungkin untuk memastikan diri terbela dan agenda peribadi terlaksana. 

Golongan reformasi dalam PR semakin pupus ditelan golongan politikus. Semua ini dikatakan adalah perencanaan Ketua UMUM yang mudah untuk melaksanakan agendanya pada kumpulan politikus korup dalam PKR. 

Korupsi menjadikan mereka akur – tunduk dan mengikut apa sahaja dalam yang dimahukan oleh Ketua UMUM mereka. Keadaan ini semakin ketara dalam PKR bila menentang kronisme yang diperjuangkan sejak awal PKR lagi menjadi budaya langsung dalam PKR hari ini. Hari ini mereka dalam PKR yang sudah bergelar kepimpinan juga sedar kronisme yang selama ini tidak difahami oleh mereka – tapi dituduh dilakukan oleh UMNO. 

PKR semakin bergolak dari dalam. Isu siapa mahu bertanding dan sama ada dapat bertanding hanya bergantung pada Ketua UMUM. Semua tertumpu pada Ketua UMUM dan ini menjadi pemusatan kuasa yang akhirnya menunjukkan kepalsuan demokrasi. Mereka yang berada dalam PKR tahu – pemusatan kuasa tetapi terpaksa bermain dalam sirkulasi pemusatan kuasa ini untuk mendapatkan tempat. 

Hari ini, pasti ramai golongan reformasi sedar bahawa kepimpinan yang mereka kenali dahulu sudah berubah dan akhirnya memperlihatkan sikap benar mereka. Mungkin PKR akan memusnahkan diri mereka sendiri dalam kemelut politik yang jelas mempunyai agenda tersendiri – dan bukan untuk rakyat yang di gembar gemburkan. 

1 ulasan:

  1. prinsip perjuangan yang tidak ikhlas dan tulin tak akan kekal lama.Lebih-lebih lagi tiada hala tuju yang jitu dan padu seperti UMNO!!!

    BalasPadam