Pengikut

Isnin, 26 Disember 2011

SIAPA YANG MENYUSAHKAN UMNO?


Mungkin sampai ketikanya kepimpinan UMNO membuat penilaian tersendiri siapa yang sebenarnya merosakkan UMNO dan siapa yang sebenarnya cuba menyuntik nilai baru untuk UMNO boleh diterima oleh seluruh masyarakat. 

Kepimpinan UMNO perlu membuat penilaian dari hanya berpandu kepada suara-suara sumbang yang seakan menyokong UMNO tetapi lebih menjahanamkan UMNO. 

Buatlah penilaian dan kaji semula – supaya UMNO tidak ortodoks dan tidak terus ketinggalan dalam usaha memperjuangkan dominasi media alternatif.
Kepimpinan dalam UMNO perlu melihat angkara siapa persoalan–persoalan membabitkan UMNO secara serius berlaku akhir-akhir ini. Siapa yang akhirnya dipersoalkan dalam parlimen mengenai kebocoran maklumat sulit kapal selam, siapa yang ghairah mempamerkan gambar untuk terus membengkakkan ego peribadi dan akhirnya meletakkan UMNO dalam tahap yang dipersoalkan.

Siapa yang sebenarnya – dalam usaha menegakkan benang yang basah terus menerus menyerang ramai kepimpinan pertengahan UMNO dan membanyakkan musuh UMNO atas kesalahan dan kealpaan diri sendiri. 

Perlu ingat UMNO mahu bertahan sehingga berpuluh tahun lagi dan apakah yang kita lakukan ini akan menjadikan UMNO cukup kuat kelak atau hanya dilabel parti Melayu yang pra matang. 

Kita mahu UMNO terus diterajui oleh kepimpinan yang cukup kekuatan bukan akhirnya melihat dari sudut sempit sahaja.

Penilaian dalam konteks yang lebih luas perlu ada. Dalam isu ini semua perlu ada – mengkritik untuk kebaikan dan menunjukkan ahli-ahli UMNO sekarang sudah bersedia meniti arus semasa dalam memperjuangkan idealisme UMNO. 



PS: Ace Komen sikit weh..

2 ulasan: