Mungkin
sampai ketikanya kepimpinan UMNO membuat penilaian tersendiri siapa
yang sebenarnya merosakkan UMNO dan siapa yang sebenarnya cuba menyuntik
nilai baru untuk UMNO boleh diterima oleh seluruh masyarakat.
Kepimpinan UMNO perlu membuat penilaian dari hanya berpandu kepada
suara-suara sumbang yang seakan menyokong UMNO tetapi lebih
menjahanamkan UMNO.
Buatlah penilaian dan kaji semula – supaya UMNO
tidak ortodoks dan tidak terus ketinggalan dalam usaha memperjuangkan
dominasi media alternatif.
Kepimpinan
dalam UMNO perlu melihat angkara siapa persoalan–persoalan membabitkan
UMNO secara serius berlaku akhir-akhir ini. Siapa yang akhirnya
dipersoalkan dalam parlimen mengenai kebocoran maklumat sulit kapal
selam, siapa yang ghairah mempamerkan gambar untuk terus membengkakkan
ego peribadi dan akhirnya meletakkan UMNO dalam tahap yang dipersoalkan.
Siapa yang sebenarnya – dalam usaha menegakkan benang yang basah terus
menerus menyerang ramai kepimpinan pertengahan UMNO dan membanyakkan
musuh UMNO atas kesalahan dan kealpaan diri sendiri.
Perlu
ingat UMNO mahu bertahan sehingga berpuluh tahun lagi dan apakah yang
kita lakukan ini akan menjadikan UMNO cukup kuat kelak atau hanya
dilabel parti Melayu yang pra matang.
Kita mahu UMNO terus diterajui
oleh kepimpinan yang cukup kekuatan bukan akhirnya melihat dari sudut
sempit sahaja.
Penilaian dalam konteks yang lebih luas perlu ada. Dalam
isu ini semua perlu ada – mengkritik untuk kebaikan dan menunjukkan
ahli-ahli UMNO sekarang sudah bersedia meniti arus semasa dalam
memperjuangkan idealisme UMNO.
PS: Ace Komen sikit weh..
macam di jerantut tukor pemimpin baru la!
BalasPadamye setuju sgt demeh.
BalasPadam