Pengikut

Isnin, 11 Jun 2012

ISU FITNAH DAN BLOGGER JERANTUT!!



Kadang-kadang kas nak borok juge isu fitnoh pembangkang ni nak kabor ke di. Pasal kape selam tu.

Kononnye Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasional dan Pegarah Strategi Rafizi Ramli terus membahan serta die kabor bahawa isu Scorpene ini akan menjadi sebak dan terus digunakan untuk menjatuhkan Barisan Nasional. 

Isu FIDLOT juge telah jadikan isu besor untuk terus menyerang UMNO. Rasuah dalam kepimpinan UMNO adalah masalah katanya. Ini akan menjadi penyebab utame dan rakyat akan diterangkan kenapa mereka perlu menolak BN/UMNO kate demenye.
Pembangkang akan terus menyerang menggunakan isu ini dan BN/UMNO perlu jelas dalam mempertahankan kerajaan dalam isu yang berkaitan dengan rasuah. Takperlu takut-takut.
 Langkoh membongkar rasuah kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani isu konflik pembelian Scorpene dan FIDLOT tidak menyeluruh. Hok ni ramai yang rakyat tak tau. Orang Umno Jerantut pun tak tau ni. hehe
 Kita dalam kerangke ini sebenornye perlu menerangkan secara menyeluruh isu tersebut supaye pembangkang tidak memanipulasi isu-isu ini bagi dijadikan alasan untuk menyerang UMNO nanti. 
Penerangan menyeluruh untuk isu Scorpene dan isu FIDLOT perlu khususnya untuk media-media UMNO dapat memberi penjelasan yang wajar agar rakyat jelas dan faham mengenai kedua-dua isu tersebut.
Kalau hok omeh tak pandai nok nerang kan goneh la rakyat Jerantut nok paham weh. Sebab itu kene bagi ke org cerdik sikit kat Jerantut ni..hoho.. bete tak? 
Pemimpin Jerantut ni kene rajin la baca blog weh, baru la. Tapi ada juga dah sekarang ada blog sendiri. Harap ke Blog Cikgu Pian je. Mana jentera cyber UMNO jErantut ni? kenapa slow sangat?? tak lupa juga blog hebat Jerantut WZWH semakin istiqamah dengan pandangan bernas beliau. Begitu juga blogger otai Breave Heart semoga terus berkarya dan menceriakan alam maya. DAN Taniah juga kepada semua blogger Jerantut.
Jom layan blog Jerantut.
-Borok Politik Weh
-WZWH
- Breave Heart
-Laksemane Jebat
-Pemikir Politik Jerantut
-P 81
-Kutukan Dewata
-Surat Untuk Pemimpin
-Jerantut Online
-urag drulug
- Pat-pat Sikulipat
-123 lekuk
-Gerila
-Tan Sri Buana
- Jerantut Daily
dan banyak lagi

13 ulasan:

  1. buta kayu!

    BalasPadam
  2. nak suruh ke ramli buka komputer pun tak pandai haaa.. lepas ni kita bawa komputer riba kulu kilir hax2

    BalasPadam
  3. ada org umno baca blog ke? sy rasa tak ramai.

    BalasPadam
  4. bagusla org jtut dah ada kemajuan. Orang nak juga tau pasal cerita dalam dan luar kampong. Asyik baca surat kabar Harakah saja nak tahu juga berita kedua-dua belah pihak. Kita sudah demokrasi.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Pemimpin bukan dia kesoh ke mende tu. Yang dia tau, mane kawasan balak nak pong, mane tanah yang ada bijih besi banyok, mane tanah nak let go ke Lim Ah Chap, tender kontrak mane yang diorang nak berbahagi. Sementara klik diorang berkuasa ni la diorang nak sapu, besok bila dah kuasa diambil oleh geng2 lain, putih mata la jwbnya sb puak2 tu la plk nak sapu. Mana ada lg nak memperjuang nasib orang melayu. Bohong belaka je

    BalasPadam
  7. ada org lain yg tak berperangai macam tu..demeh pandir waktu pemilihan pegi pilih org tak senonoh buat mende..aku tak buat la macam tu.

    BalasPadam
  8. sekarang ni PR fokuskan kepada isu integriti pemimpin BN/UMNO tetapi isu sampingan yang popular ialah isu 'BUDU' (burit dan duit) yang mana bukan sahaja dilemparkan kepada pemimpin BN/UMNO malah isu ini popular juga digunakan oleh pemimpin mereka, jadi mana-mana pemimpin yang minat bermain dengan isu ni.., tanggung seniri.....

    BalasPadam
  9. aku merasa dukacita dengan isu terbaru yang aku dapat daripada masyarakat ulu tembeling, mereka tidak puas hati dengan kepimpinan yang ada yang merancang atau sengaja membiarkan pihak pknp mengambilalih tanah-tanah diperkampungan ulu tembeling, aku dapat makluman tanah mereka untuk bercucuk tanampun diambil, apa sudah jadi ni.., kalau pihak atasan tidak kesah aku rasa isu ini menjadi tekanan yang amat hebat kepada BN, satu perkara lagi kebanyakan tanah-tanah di sebelah sana dirancang ikut kata hati pemimpin ajeh.., ada tanah yang telah dilaksanakan projek-projek ternakanpun diambil, satu tamparan yang hebat yang boleh mengurangkan undi BN....

    BalasPadam
  10. Salam tuan.

    Semut dalam usaha untuk mengumpulkan blogger2 di Pahang.

    Mohon tuan hantar alamat email kepada Semut di: semuthitan80@gmail.com

    Sudah sampai masanya kita bersatu dalam mempertahankan Barisan Nasional di negeri Pahang dan Malaysia secara keseluruhannya.

    Kerjasama tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  11. BUKAN SUDAH TIBA MASANYA UNTUK MEMPERTAHANKAN BN,SALAH TUUUUUUU....DAH TIBA MASANYA BN UNDUR DIRI......54 TAHUN DAH OIIIIII!!!!!!INGAT MEREKA JE KE YANG PANDAI DALAM MALAYSIA NI...... AMALKAN RASA BERBAIK SANGKA SESAMA SENDIRI....KITA HIDUP NI BUKANNYA LAMA SANGAT PUN.....TAK SAMPAI 100 TAHUN, NGAI.......UBAHLAH....KITA CUBA PR PULAK,5TAHUN MEREKA TAK PANDAI TADBIR,KITA BUANG BALIK...

    BalasPadam
  12. btul2....
    jangan jadi pak anggok sudahlahhhhhh.....orang kata A diapun kata A,orang kata B dia kata B....mcm lembu cucuk idung......
    bukan saya nak merendah-rendahkan kemampuan PM 1malaysia....dia hebat,dia cekal,tapi BN boleh diibaratkan bagai sebuah pesawat NURI yang sepatutnyalah..........TUKAR.......kan.......

    BalasPadam
  13. Bila nak ada posting baru oleh blogger ni? Dalam posting yang lalu kabo nak cerita pasal calon2 BN

    BalasPadam