Pengikut

Rabu, 8 Ogos 2012

MESYUARAT PEMUDA UMNO BAHAGIAN JERANTUT BAKAL DIGANTUNG?


Agak serius isu yang penulis bawakan kali ini berkenaan Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Jerantut yang kemungkinan digantung berikutan sekiranya berlaku masalah teknikal. Ini kerana tarikh mesyuarat  pemuda bahagian Jerantut akan dijalankan pada 15 Oktober 2012 disebelah malam. Untuk makluman mesyuarat Umno Bahgian Jerantut akan dijalankan pada ke esokan harinya(16 Oktober 2012). Sudah semestinya tiada hari lain untuk diganti sekiranya berlaku sebarang masalah.

Apa yang penulis maksudkan mesyuarat bakal digantung berikutan jika terjadi masalah-masalah teknikal contohnya seperti bilangan korum yang tidak mencukupi dan beberapa masalah yang lain yang boleh menjejaskan mesyuarat tersebut.

Penulis juga difahamkan bahawa pengerusi tetap kini mengalami masalah kesihatan dan juga timbalan pengerusi tetap juga kini telah berhadapan perintah mahkamah berikutan beberapa kes undang-undang.
Siapa yang akan mengganti tugas pengerusi tetap? mungkin ini tidak terfikir oleh jkuasa pemuda Umno Jerantut.

Namun begitu marilah sama-sama kita mendoakan agar mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Jerantut akan berjalan lancar. Apa yang pastinya mesyuarat ini dijangka menyaksikan kelahiran pemimpin beribawa dikalangan orang-orang muda Jerantut yg bakal menjadi calon Parlimen dan juga calon Adun di Jerantut.
Ramai juga barisan pemuda yang bakal menggalas kepimpinan Umno Jerantut. Nama-nama yang tidak asing lagi seperti Dato Wan Amizan, Dato Ir Jalaludin Ghazali, En Mustafa Mat Arof, Ust Ahmad Shah Jamlus, En. Riduan Mansor, En Murad Idris..dan juga pelapis-pelapis orang muda yang bakal menyinar.


*teringat zaman penulis sewaktu didalam pemuda dulu, Namun semangat muda tetap berkobar dijiwa.

20 ulasan:

  1. Sy setuju..masih ramai org muda boleh di ketengahkan dalam umno Jerantut.

    BalasPadam
  2. Anak muda suka umno ke? jangan syok sendiri la woi! Anak muda bersama Pr dah sekarang? ini semua kaki ampu saja..piiiiiiiiirah! Jerantut kali ini milik PR!!

    BalasPadam
  3. bila masa pulak Jalal dapat Dato ni? ini mesti kes dato expres ni..padan la dengan dompok! haha!

    BalasPadam
  4. nak naik macam mana Ketua pemuda sendiri kerat siap2!. aku masuk pas baru tahu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. masuklah! nak masuk pas pun nak bagi tau. aku terang terang masuk pas tak pelik pun. kontrak dapat juga, kedai aku penuh juga, orang2 UMNGOK makan. ini aku cuti.... tggu anak baru ...

      Padam
    2. Kalau x tau nak kena cantas, ok la jgk. Tp kalau dah tau akan kena mcm tu, masih belum bertindak, itu pandir namanya. Allah bagi kita akal supaya berfikir dan bertindak. Aku ni dah lama keluar semenjak zaman arwah dato' zizan ketua pemuda lg dan wakil rakyat bg dun aku. Kerana apa? Aku dah jangka akan terjadi mcm tu dan sangkaan aku benar sekali

      Sudah2 la diguna/dibodoh dak orang je. Semua tu buang masa awk je. Diorang apabila dah dpt kuasa bukan nak bela orangramai tetapi diorang nak kekayaan utk diri mereka sendiri je. Lebih baik awk buat kerja yang boleh mendatangkan duit utk diri awk, ibubapa, isteri, anak2 dan beradik awk. Jadi2lah buang masa. Masa pergi x menunggu kita. Buatlah kerja yang kita mampu, biar sikit tp ianya dr titik peluh kita sdr. X payah la nak mengharap diorang tu nak membela nasib kita. Bangsat sgt hidup kita ni gayanya. Mintaklah rezeki dgn Allah, bukan makhlukNya

      Padam
  5. kumpulkan anak muda melayu bersatu jangan la nak berlaga sesama sendiri. Itu pesan borok politik kpd semua.

    BalasPadam
  6. sekarang ni terlalu ramai pemimpin-pemimpin mengejar glamour dengan mendapatkan gelaran dato', ini kerana dikatakan kalau dapat gelaran dato' mempunyai jalan singkat untuk mendapat tiket ke mercu sebagai wakil rakyat, sekarang ini kepimpinan atasan akan pilih di kalangan dato'-dato' sahaja sebab pingat itu membuktikan pemiliknya telah banyak berjasa

    BalasPadam
  7. Haah ye la tu bersatu. Kita bersatu ngangkat deme, deme dapat kuasa habis khazanah negara deme sapu. Drpd dulu lg gitunya dah. Sorry la admin, kwn mmg dah kecewa sgt dgn ameno ni. Deme dpt kuasa bukan guna nak membela nasib rakyat tp nak mencari kekayaan. Kalau nak berniaga, jgn masuk politik kerana sedikit sebanyak akan berlaku ketidakadilan. Yang tinggal dlm ameno tu seme berkepentingan belaka terutama kontraktor2 yang berebut nak dpt projek

    BalasPadam
  8. ha aha ha siapa yg bawah 40 dalam ramai2 ni Dato Wan Amizan, Dato Ir Jalaludin Ghazali, En Mustafa Mat Arof, Ust Ahmad Shah Jamlus, En. Riduan Mansor, En Murad Idris..dan juga pelapis-pelapis orang muda yang bakal menyinar.

    BalasPadam
  9. ramai lagi, Faisal jamlus, Ckgu Faiz,Ckgu Asrul,Wan Jaimi yg boleh dibawa naik.Siapa lagi boleh bersama org muda sekarang ni.

    BalasPadam
  10. Anak Muda Bersama Pakatan26 Ogos 2012 pada 9:50 PTG

    Cikgu Faiz masuk umno?? Baik masuk pas!!. Orang muda bersama pakatan rakyat akan bersama menolak rejim umno yang terlanjur.Asal Bukan Umno!!
    Hudud pun ditolak!
    Tanah dirompak, Projek disapu!Najib berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat benar- jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan UMNO memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah olah nya, kerajaan pimpinan UMNO memerah rakyat. Negara akan bengkrap.

    BalasPadam
  11. Anak Muda Bersama Pakatan26 Ogos 2012 pada 9:53 PTG

    UMNO menganggap diri nya sesuatu yang mesti di sembah dan rakyat ialah budak2 hamba sahaya mereka. Sekali lagi ini bersalahan dengan piagam manusia yang merdeka- yang menyifatkan kerajaan hanya suatu wadah yang melalui nya, rakyat mencapai pelbagai matlamat kepentingan masyarakat. Kerajaan bukan sesuatu yang menekan dan menindas rakyat.
    Jadi apa yang rakyat dan bangsa Melayu hilang dengan menolak UMNO? Merka hanya akan menghilangkan rantai dan pasung yang selama ini memenjarai jiwa mereka.

    BalasPadam
  12. jalal dapat Dato??? porah!! banyaknye jasa dia! kenapatak bagi kat wan zuri dia lagi banyak berjasa.

    BalasPadam
  13. Dato Jalal bakal bertanding di Dun Damak. Tengok la nanti. Jagala Dompok. Aku suka sangat. Dulu bertanding dengan Jalal masa tu aku sokong dompok. Tapi bila dah menang terus jadi kacang lupkan kulit!

    BalasPadam
  14. Jalal tu nak jadi Yb! itu pasal dia beli dato. Itu pun tak tahu ke? cakap politik. bosan betul la dgn org syok sendiri ni

    BalasPadam
  15. Aku x heran langsung dgn orang dpt Dato' ke, Tengku ke, Raja ke, Wan ke, Nik ke. X de makna tu semua. Yang penting kalau nak jadi pemimpin mesti betul layak. Tgk la Najib sendiri dr golongan bangsawan, apabila diajak berdebat, ajak ke mahkamah, langsung x berani. Alasan bukan budaya kita la dan mcm2. Yang rakyat nak tahu apakah langkah/dasar2 yang akan memajukan negara sb itu ianya perlu didebatkan. Mana yang presentation baik dan meyakinkan, itu yang rakyat pilih. Kalau dah diberi peluang tp x tunaikan apa yang dijanji, tunggu 4 next PRU. Itu baru demokrasi. Apakah cukup sekadar bg duit RM500, haji percuma kat jkk dan imam?

    BalasPadam
  16. Aku kenal Kamaruzaman baria tuh. OK gak orangnya. Dedicated. Yg sekor lagi tu, cakap besar. Mcm jual ubat pun ada gak tokohnya.. Duit bnyk kot??? Mai mana duit tuh? Kot2 bebuih bnyk jual ubat sebelum ni kot???

    BalasPadam
  17. dato ke jalal. keh dengar azli pun pun dpt dato. bodo sgt org jtut ni. bdk bangsat mcm azli pn dpt dto ke? jasa menda dia ada. kaki pompuan dulu. tak kira keling atau cina semua di sapu. tiba2 keh dengar dato dah. mampus la umno mcm ni.

    BalasPadam
  18. sudah2 la korek masa lampau org.... sekyrang2nya dia dh berubah jd baik(azli) sedangkan awk tu xtau ape cerita lg... Mungkin dia dh taubat... n awk dok dpt dosa ngumpat lg.... Awk rugi pape ke diaorg dpt dato'? klu awk yg lobi xdpt, mungkin la skit ati.... Xyah la nk phd sgt kat org.... lg baik fikir camne nak boikot barang usa spya agama Islam ni xditindas...baik fikir camne nk tawan semula Baitulmaqdis 2... I2 la jihad yg sebenar... bukan pertikai gelaran dato org....

    BalasPadam