TENGKU AZLAN DIJANGKA TIDAK BERTANDING DI KERUSI P81 SEBALINYA DIKERUSI LAIN!!
DIKATAKAN CALON MP JERANTUT ADALAH MUKA BARU.....WINABLE CANDIDATE
ADA BLOG SEBAR MAKLUMAT TIDAK BENAR UNTUK MENAMBAHKAN KECELARUAN UMNO JERANTUT.
Di kala Barisan Nasional semakin bersemangat menunggu pilihanraya,
parti-parti pembangkang terutamanya PKR kelihatan resah gelisah. Malah,
keresahan mereka terserlah apabila Ketua mereka sendiri iaitu, Anwar
Ibrahim menyatakan yang beliau sanggup bersara jika kalah dalam PRU ini,
sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Financial Times (FT).
Bagaimana PKR boleh mengharapkan kemenangan jika mencari calon yang sesuai dan layak juga amat sukar sekali? Menurut
sumber-sumber yang boleh dipercayai, PKR akan bertanding sejumlah 66
kerusi dalam PRU ke-13 ini, dengan pecahan mengikut negeri seperti
berikut:
Kedah – 7
Pulau Pinang – 4
Perak – 9
Selangor – 11
Terengganu – 1
Kelantan – 3
Pahang - 4
Johor - 4
Melaka - 1
Negeri Sembilan – 2
Wilayah Persekutuan – 5
Sabah – 8
Sarawak – 7
Dalam PRU 2008 yang lalu, PKR berjaya memenangi 31 kerusi dan banyak meraih undi Melayu.
Tetapi, pendekatan liberal PKR yang semakin menyerlah kini nampaknya telah menyukarkan parti ini meraih undi kaum Melayu. Manakala masyarakat Cina lebih selesa dengan DAP dari PKR. Masyarakat India pula, ramai yang telah serik ditipu dan diberi harapan palsu oleh PKR lalu bertindak menolak parti itu. Justeru, mahu tidak mahu, PKR terpaksa bergantung kepada undi masyarakat Cina dalam PRU ke-13 nanti.
Sumber yang sama juga mendedahkan bahawa daripada 66 kerusi yang bakal mereka tandingi, hanya 14 calon Melayu dan 8 calon dari lain-lain kaum, yang dapat dimuktamadkan. 25 kerusi pula masih di dalam dilemma dalam meletakkan calon. Sekurang-kurangnya 5 kerusi mengalami pertindihan dengan PAS dan DAP. Di masa yang sama juga, PKR langsung tidak punya ‘calon pilihan’ mahupun ‘calon dalam pertimbangan’ untuk 19 kerusi lain.
Ini bermakna daripada 66 kerusi, hanya 22 sahaja yang dapat dimuktamadkan sementara 44 yang lain masih lagi samar. Ini
menunjukkan betapa sukarnya PKR untuk mencari calon yang sesuai, jauh
sekali yang layak dan mampu menang untuk menghadapi pilihanraya kali
ini.
Lebih buruk lagi, Anwar sendiri dikatakan masih mengalami dilemma sama
ada untuk bertanding di Permatang Pauh, kubu kuatnya, atau di Nibong
Tebal yang dikatakan memberi jaminan yang lebih baik untuk menang. Anwar
dikatakan sedar bahawa sokongan rakyat Permatang Pauh terhadapnya telah
merosot teruk sehinggakan ceramah-ceramahnya di sana tidak lagi
mendapat sambutan.
Apabila seseorang politikus sudah hilang sokongan di kawasannya sendiri,
ia sekali gus menunjukkan yang riwayat politik mereka semakin pendek. Mungkin kerana inilah Anwar sudah mula membayangkan persaraannya dari arena politik jika kalah dalam PRU kali ini.
Dengan Ketua yang sebegitu lemah, PAS dan DAP turut terheret sama. PAS sebelum ini membayangkan akan bertanding 80 kerusi berbanding hanya 67 kerusi pada PRU yang lalu. Namun,
keinginan PAS untuk menjadi parti dominan dalam kabinet Pakatan Rakyat
pastinya tidak disenangi DAP dan PKR. Dan seperti biasa PAS akhirnya
akan terpaksa akur atas apa saja keputusan yang dibuat oleh DAP dan PKR.
Jika ini berlaku, maka DAP akhirnya akan menjadi parti dominan secara
nyata dengan 89 kerusi mutlak untuk partinya, berbanding PKR 66 kerusi
dan PAS 67 kerusi. Ini bermakna, puak rasis dan chauvinis DAP akan lebih mudah untuk meratah kaum-kaum lain andainya Pakatan Rakyat berjaya memenangi PRU nanti.
Nasib kaum-kaum bukan Cina di Malaysia, jatidiri bangsa Malaysia yang
kita impikan, serta identiti Malaysia itu sendiri pasti berada dalam
risiko terhapus sama sekali di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat yang
didominasi DAP.
Maka, senario ini juga merupakan faktor yang bakal membawa kekalahan kepada Pakatan Rakyat.
BOROK-TETAP UNDI BN WALAUPUN TENGKU AZLAN TAK JADI CALON!
Sedangkan Imam Pirdaus pun bungkus, apatah lagi orang lain di Permatang Pauh. Semasa PRU dulu, Anwar dipalit kes dgn Sayfool pun boleh menang apatah lg dgn En Azlan Mohd Lazim sendiri dah minta maaf pd Anwar dan seterusnya menyertai PKR.
BalasPadamKalau pendapat admin ni benar, maka tiada masalah utk Najib bubarkan parlimen sekarang. Semasa PRU12 dulu, BN hidup semata2 undi dr Borneo shj. Kalau ikut Semenanjung, dlm 'kubur' dah BN sekarang.
Tak sabar rasanya nak tunggu PRU13, nak undi PR. REFORMASI!!! ALLAHU AKBAR!!!
Betul aku sokong... tak sabar nak pangkah PR...hidup hidup..hidup rakyat...
PadamSyok sendiri mamat kat atas ni....bodoh!
BalasPadamAwak tu yang bodoh. Berhujah biar berfakta. Selepas bg BRIM 1.0, 'selaras' premium insuran kenderaan. Bg BRIM 2.0, premium naik lg sekali. Sesapa pun boleh jadi PM kalau mcm tu. Yang paling sedih Hj Najib umum brim diteruskan lg. Pegi tanya pejabat kewangan negeri mengenai hal ini, mesti diorang gelak. Tahu tak, hutang negara sekarang sudah RM540B? Ini Laporan Audit Negara la.
BalasPadamCepat suruh Hj Najib al-haramjadahi nu bubar parlimen. Muka x tahu malu. Dia jadi PM pun selepas di'beri' oleh Pak Lah, bukan mandat dr rakyat. Selembab2 Pak Lah dulu, dia berani bubar parlimen selepas dpt jawatan dr mahakutty tu.
cai pr dah takut ke . jangan mimpi la pr nak perintah malaysia. pr ni parti untuk orang yang jahil, samseng dan liberal aje la. Hidupppp Bnnnnnnnnnn. kasi masuk kubur pr yang haram tu dlam pru13
BalasPadampenyokong PR memang bodohhhh. kena tipu dengan pemimpin pun tak sedar. memang bangang puak ni.hahahhhhahahahahaha
BalasPadamUndi BN untuk agam bangsa dan negara. malaysia akan aman dan sejahtera di bawah BN. Rekod dah ada wooiiiii caiiii PR
BalasPadamCai ameno sekalian....
BalasPadamAku terpaksa mengakui bahawa ameno saja yang cerdik dan pandai memerintah. Manakan tidak, dulu PR kata nak turunkan harga kereta, gegak gempita menteri2 kata negara akan muflis, x relevan dan mcm2. PR kata nak turun 20% je. Sekarang manifesto BN pulak kata nak turunkan harga kereta jgk malah 30%. Jadi ameno memang bijak sb bila orang buat 20%, negara akan bangkrap tp kalau buat 30% baru la negara x bangkrap. Hahahaha. Dah nyata sekarang....
#walaupun begitu minta maaf bbyk undi aku utk Dun Pulau Tawar dan Parlimen Jerantut tetap untuk PR.
Aku bercerita untuk di Jerantut saja P81. aku ada 6 pengundi dirumah aku sendiri.Aku bukan penyokong tegar BN/PR.Aku tak perlukan duit sesiapa, bukanlah senang sangat tapi mencari rezeki dgn cara sendiri, baik aku atau keluarga aku. Pendek cerita... aku sayang DSN... TAPI! kawasan aku maseh lagi orang yang di pilih, perangai macam yang lain.masa jadi PPD sombong bukan main, pernah pakai lesen orang untuk projek sendiri(lesen aku). Nak minta tandatangan masa PPD ... bukan main susah, kena bekejar... senanglah geng pulau tawar kalau dia naik, dah tentu ahli majlis tempatan akan kekal, projek kecil pun pulun juga... aku rasa nak berubah kali ne, nak tenguk jerantut duduk bawah pemerentah lain. aku berjanji, tak akan aku bagi undi pada orang ini. aku ada 6 undi. INGAT!!!!
BalasPadamDulu UMNO kata kerajaan Selangor bagi air percuma satu tindakan x cerdik, siap professor2 UMNO kutuk dasar air percuma kerajaan selangor tu, membazir la, rugi la, nnti habis sumber air la. Tapi hari ni UMNO/BN Selangor dalam janji pilihnaraya nya...tawarkan benda yang sama...air percuma juga, siap nak tanggung pasang meter individu lagi perghhh....dasar pembohong betul ler BN ni. Hari tu kutuk PR bukan main lagi. Ishh xlarat betul ler, hari2 asyik kena bohong kat UMNO je. Sedih betul ler jadi orang melayu ni, hari2 ditipu bangsa sendiri yang x sedar diri, dia tu dilantik jadi pemimpin oleh rakyat...kena terima kasih kat rakyat sb dpat jawatan YB...bukan suruh tipu rakyat....Ini kali undi PR la....maknanya menifesto PR tu mmg betul & mampu dilaksanankan, kalau x, tak kan UMNO/BN tiru. PR turun harga kereta, BN kata turun harga kereta, PR nak hapus tol, BN tiru nak hapus tol juga...kalau mcm tu baik undi PR...org meniru ni bukan boleh percaya, kelentong lebih. Moga Allah membebaskan umat Muhammad dari tipu daya UMNO/BN...aminn!
BalasPadamAdmin blog ni pencen dah ke? Atau dah merajuk sb boss x dicalonkan?
BalasPadamho..oh weh... kas malas doh menulis, buat penat je...
BalasPadamYasok turkey .......kuala tahan.....bukan untuk berpolitik....kerja utk menang bm......hidup bn
BalasPadamkas doh malas menulis... tak ada mut doh...
BalasPadam