Ramai
yang semakin takut mengatakan masalah Melayu. Masalah Melayu hari ini
adalah hampir sama dengan masalah Melayu pada era kebangkitan Melayu
khususnya pada masa-masa sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru dari
segi prinsipal. Melayu hari ini sebenarnya tidak banyak bezanya dari
Melayu sebelum Dasar Ekonomi Baru, yang mana Melayu terus tertindas
dengan kehadiran kaum luar yang hanya ada satu cita-cita – meraut
kekayaan untuk diri dan kaum mereka.
Kita
kena ingat Melayu dahulu juga berdepan dengan masalah monopoli
perniagaan kaum Cina. Kekuatan kaum ini disokong oleh pemerintah dari
saat awal kehadiran mereka. Pemerintah masa itu menindas kita Melayu.
Persepsi Melayu malas telah di label sungguhpun malas itu bukan sesuatu
yang konklusif memundurkan Melayu.
Bagi
saya kehadiran kaum lain seperti Cina yang disokong oleh British adalah
punca Melayu tersisih dan hanya hidup di pinggir kota dengan kemiskinan
menjadi topik kesusahan mereka. Pemerintah ketika itu sudah cukup
membekalkan kekuatan ekonomi pada kaum lain dengan harapan Melayu akan
terjual kedaulatan hanya kerana wang dan pengaruh ekonomi. Taktik ini
benar. Melayu terpinggir kerana kekuasaan ekonomi kepada kaum lain.
Mahukah mereka dari kaum lain berkongsi ekonomi?
Kita pernah gah dengan
kongsi kuasa tetapi kongsi ekonomi haram tidak akan ada.
Bagi
saya kaum lain tidak akan mudah untuk menyerahkan ekuiti dan memberi
sebahagian – yakni 30% pegangan, mustahil dilakukan oleh kaum Cina. Oleh
kerana itu perkongsian ini terbatal. Kongsi ekonomi tidak wujud pada
masa itu mahupun sekarang.
Kuasa Melayu adalah terbatas. Saya percaya
Melayu yang diberi ruangan oleh kerajaan tidak akan berjaya kerana
persekitaran suasana politik masih dipegang oleh kaum Cina. Kenapa Cina
dominan dalam ekonomi? Mudah, kerana pemerintah telah membenarkan Cina
memainkan peranan besar dalam ekonomi Tanah Melayu dari dahulu dan
kekuatan mereka hari ini mampu membeli apa sahaja termasuk kuasa.
ps: Kepada mereka yg ingin mengemukan pandangan @ isu silakan emai ke borokpolitikweh@gmail.com
masalahnya punca pemimpin kita yang tidak sedar tanggungjawab yang diamanahkan? sebab itu kena pilih calon yang bijak dan berwawasan jauh.
BalasPadamKita ni habis bukan kerana diorang tetapi bangsa kita sendiri. Ada raja tetapi bukan berjiwa rakyat. Ada pemimpin politik melayu, asyik nak merompak hasil bumi je. Ada pemimpin kerajaan (kebanyakkannya melayu) spt di pejabat tanah mudah sangat nak luluskan permohonan tanah kat bangsa2 cina ni. Senario di Jerantut, kalau jalan ke sebelah Pulau Tawar, dah sampai ke gua Kota Gelanggi diorang sapu. Siapa yang luluskan? Tanah kat kilang papan kat Simpang Jengka 8 tu dulu kalau x salah tanah rezab melayu. Bagi kat Dato Dr Shukri, lepas tu dia jual kat Sebang Perdana (syarikat cina) tu. Sekarang ni Lim Ah Chap dah buka petrol pump plk kat situ. Malas la aku nak cerita pasal orang melayu atasan nih. Aku ni orang bawahan je. Aku ckp pun, bukan diorang nak pakai pun. Bagi diorang, apa yang penting, temolok diorang. Baik sultan, pemimpin politik dan pengawai kerajaan, semua sama je
BalasPadam