Pengikut

Selasa, 5 Jun 2012

PEMIMPIN MELAYU JERANTUT LESU?? @ TERBATAS??


Ramai yang semakin takut mengatakan masalah Melayu. Masalah Melayu hari ini adalah hampir sama dengan masalah Melayu pada era kebangkitan Melayu khususnya pada masa-masa sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru dari segi prinsipal. Melayu hari ini sebenarnya tidak banyak bezanya dari Melayu sebelum Dasar Ekonomi Baru, yang mana Melayu terus tertindas dengan kehadiran kaum luar yang hanya ada satu cita-cita – meraut kekayaan untuk diri dan kaum mereka. 

Kita kena ingat Melayu dahulu juga berdepan dengan masalah monopoli perniagaan kaum Cina. Kekuatan kaum ini disokong oleh pemerintah dari saat awal kehadiran mereka. Pemerintah masa itu menindas kita Melayu. Persepsi Melayu malas telah di label sungguhpun malas itu bukan sesuatu yang konklusif memundurkan Melayu. 

Bagi saya kehadiran kaum lain seperti Cina yang disokong oleh British adalah punca Melayu tersisih dan hanya hidup di pinggir kota dengan kemiskinan menjadi topik kesusahan mereka. Pemerintah ketika itu sudah cukup membekalkan kekuatan ekonomi pada kaum lain dengan harapan Melayu akan terjual kedaulatan hanya kerana wang dan pengaruh ekonomi. Taktik ini benar. Melayu terpinggir kerana kekuasaan ekonomi kepada kaum lain. Mahukah mereka dari kaum lain berkongsi ekonomi? 

Kita pernah gah dengan kongsi kuasa tetapi kongsi ekonomi haram tidak akan ada.
Bagi saya kaum lain tidak akan mudah untuk menyerahkan ekuiti dan memberi sebahagian – yakni 30% pegangan, mustahil dilakukan oleh kaum Cina. Oleh kerana itu perkongsian ini terbatal. Kongsi ekonomi tidak wujud pada masa itu mahupun sekarang. 

Kuasa Melayu adalah terbatas. Saya percaya Melayu yang diberi ruangan oleh kerajaan tidak akan berjaya kerana persekitaran suasana politik masih dipegang oleh kaum Cina. Kenapa Cina dominan dalam ekonomi? Mudah, kerana pemerintah telah membenarkan Cina memainkan peranan besar dalam ekonomi Tanah Melayu dari dahulu dan kekuatan mereka hari ini mampu membeli apa sahaja termasuk kuasa.  


ps: Kepada mereka yg ingin mengemukan pandangan @ isu silakan emai ke borokpolitikweh@gmail.com

2 ulasan:

  1. masalahnya punca pemimpin kita yang tidak sedar tanggungjawab yang diamanahkan? sebab itu kena pilih calon yang bijak dan berwawasan jauh.

    BalasPadam
  2. Kita ni habis bukan kerana diorang tetapi bangsa kita sendiri. Ada raja tetapi bukan berjiwa rakyat. Ada pemimpin politik melayu, asyik nak merompak hasil bumi je. Ada pemimpin kerajaan (kebanyakkannya melayu) spt di pejabat tanah mudah sangat nak luluskan permohonan tanah kat bangsa2 cina ni. Senario di Jerantut, kalau jalan ke sebelah Pulau Tawar, dah sampai ke gua Kota Gelanggi diorang sapu. Siapa yang luluskan? Tanah kat kilang papan kat Simpang Jengka 8 tu dulu kalau x salah tanah rezab melayu. Bagi kat Dato Dr Shukri, lepas tu dia jual kat Sebang Perdana (syarikat cina) tu. Sekarang ni Lim Ah Chap dah buka petrol pump plk kat situ. Malas la aku nak cerita pasal orang melayu atasan nih. Aku ni orang bawahan je. Aku ckp pun, bukan diorang nak pakai pun. Bagi diorang, apa yang penting, temolok diorang. Baik sultan, pemimpin politik dan pengawai kerajaan, semua sama je

    BalasPadam