Pengikut

Rabu, 25 Julai 2012

TERKINI! PM TOLAK CALON LAMA DI JERANTUT!



Cerita terbaru yang penulis dapat melalui sumber sebenarnya berkenaan calon P81 yang sangat panas ketika ini buat umno bahagian Jerantut apabila tanpa  diketahui hakikat sebenarnya YBM Tengku Azlan masih mahu meneruskan hasrat beliau untuk kekal bertanding pada pru akan datang ini.


Maklumat bocor yang diketahui adalah berkenaan pemilihan calon  p81 yang di tapis oleh PM, dimana PM telah menolak hasrat YBM untuk mengekalkan kerusi beliau di Parlimen Jerantut. Ini serba sedikit dapat disedari oleh beberapa pemantau PM apabila YBM tidak hadir sewaktu PM turun ke Padang piol baru-baru ini. Kelihatan jelas berlakunya perang dingin diantara YBM dan PM.


Memang tidak dapat dinafikan oleh seorang pun jawatankuasa Umno Bahagian Jerantut apabila sebenarnya YBM mahu bertanding lagi pada pru 13 akan datang. Usaha beberapa org adun untuk mempromosikan diri agak terbantut apabila menyedari strategi yang dimainkan oleh beberapa individu penting didalam umno bahagian Jerantut.


Melalui maklumat yang diperolehi berkenaan calon p81 PM telah pun mempunyai beberapa orang yang berstatuskan calon luar.


Memang sebelum ini penulis ada menyatakan ingin mendedahkan beberapa maklumat berkenaan pesanan PM sewaktu di Jengka 8 beberapa bulan yang lalu namun penulis ingin rahsiakan lagi.


Penulis akan keluarkan sedikit demi sedikit agar tidak menggangu senario politik Jerantut ketika ini.


PS- TUNGGU TPM MUHYIDIN YAASIN AKAN BERTEMU KETUA BAHAGIAN YANG BERMASALAH.. PENULIS TIDAK MAKSUDKAN BAHAGIAN JERANTUT. TETAPI KITA TUNGGU BERITA SELANJUTNYA.

10 ulasan:

  1. Jangan dompok dah parlimen.. haru biru kg aku..

    BalasPadam
  2. haha dr sukri dah kena jual dah.. dia melobi parlimen..bodo sgt politik dr sukri ni haha..janji macam tahi je. Dekat kg aku janji macam2 tapi sampai nak piliharaya tak dapat..

    BalasPadam
  3. Adalah sesuai dan tepat kenyataan YB Tan Sri Tengku Azlan yang mencadangkan Dr Sukri sebagai pengganti Ahli Parlimen Jerantut, sebagai anak tempatan dan pengalaman serta kebolehan yang ada beliau layak menduduki tapak itu. UMNO Jerantut sekarang ini tidak punyai pelapis yang berperibadi terbaik.

    BalasPadam
  4. takda org lain ke? bosan!!!

    BalasPadam
  5. Letak la sapa pun ameno weh...kwn tetap pangkah PR. Geng2 Tg Lan tu kalau dia x bertanding, nak makan apa diorang tu? Dolah kicap tu terutamanya. Dr Shukri dah dpt tapak nak buat hospital dia kat Jengka 8 tu. Dulu kabo tanah tu nak bagi generasi kedua Felda? Aku x percaya lg dah ke ameno nih

    BalasPadam
  6. kau tak nak percaya umno kau punya pasal.pembangkang lagi teruk!asyik maki hamun aje kerjanya walaupun serban sepikul di kepala!!!!

    BalasPadam
  7. Kalau kau percaya ameno ko kuat sgt suruh pak haji tu bubar parlimen cepat. X pernah lagi sejarah negara parlimen terbubar dgn sendirinya. Org maki kat pemimpin ko, ko nampak. Bab khazanah negara dirompak ko x nampak. Habis balak, nak sapu kontrak. Lepas sapu bijih plk. Undang2 utk rakyat lain, utk pemimpin korang lain. Faktanya, Khir Toyo tu mahkamah dah jatuh hukum tp sehingga sekarang masih x masuk penjara pun lagi.

    BalasPadam
  8. Letak la tengku lan nak tengok dia malu besar nanti!

    BalasPadam
  9. Yang sebut 'haramjadah' kat peneroka2 tu sapa? Hari ni saham FGV dah RM5.19. Siapa yang haramjadah sebenarnya?

    Kalau sokong bahawasanya kalau letak lg Tg Lan, ameno akan 'faedah' lg besar. Kalau letak orang lain, pun bungkus jgk. PRU12 dulu harap undi peneroka je sb tu menang majoriti seribu lebih je

    BalasPadam
  10. Pas meraban.... Sebab Umno dan Islam akan terus menang.....

    BalasPadam